Oleh MARIANA JUSOH
USIM – Program pengujian Psikologi yang dianjurkan oleh pensyarah (FKP) Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan Dr Sapora Sipon sempena Minggu Integriti mendapat sambutan yang memuaskan. Bermula pada 29 hingga 31 Januari 2008, bertempat di ruang legar Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan.
Objektif program ini adalah untuk mempraktikkan pengujian psikologi terutama di dalam mengenal pasti personaliti individu, memberi kesedaran kepada para pelajar tentang personaliti. Selain itu, program ini turut membantu pelajar mengenal diri masing-masing dan hasil daripadanya memupuk kesedaran diri.
Terdapat lapan ujian yang ditawarkan, setiap ujian ada beberapa pelajar yang mengendalikannya. Pertama, power of control, power of romantic, power of personality, power of problematic solving, power of love, power of career, power hoka hoki dan yang terakhir ialah powerbof stress. Peserta diberi peluang untuk memilih salah satu daripadanya.
Menurut salah seorang pelajar Tahun Tiga (FKP) Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Nurul Ain Ambok Dalik, 23, program ini mendapat sambutan yang memuaskan.Pelajar-pelajar memberi kerjasama dan tindak balas dengan baik terutama pelajar-pelajar tahun satu dan dua.
Menurut peserta yang mengikuti program ini, Norshahaliza Sharum, 22, dari FEM program ini banyak faedah dan menghiburkan, “saya merasa seronok kerana dapat mengikuti program ini, dengan mengikuti program ini saya dapat belajar dan tahu sesuatu yang baru tentang diri dan personaliti saya.
“Pada pandangan saya, tempat program ini tidak begitu sesuai kerana bagi pelajar (FSU) Fakulti Syariah Undang-Undang dan (FPQS) Fakulti Pengajian Quran Sunnah mereka tidak mempunyai kelas di bangunan ini. Mereka tidak mengetahui tentang program ini. Seeloknya diadakan di pusat khidmat pelajar (PKP) kerana di sana tempat pelajar berkumpul,”katanya.
Menurut peserta, Farhana Sabri, 22, “promosi yang dijalankan tidak meluas, kebanyakan pelajar tidak mengetahuinya. Pada pendapat saya, program seumpama ini patut diadakan lagi pada masa akan datang kerana membantu pelajar mengenali personaliti masing-masing,” katanya mengakhiri perbualan.