Oleh MARIANA JUSOH
BANDAR BARU NILAI – Ketiadaan kafetaria di Kolej Kediaman Desa Jati menjadi bebanan kepada pelajar-pelajar yang tinggal di Kolej berkenaan. Mereka terpaksa membeli makanan di kedai berhampiran sejak akhir semester lepas.
Menurut salah seorang pelajar yang menghuni kolej berkenaan, Hasmahani Harun, 23, dari FPBU. “situasi ini sangat berbahaya, bayangkan saya atau pelajar-pelajar lain terasa lapar pada waktu malam. Kami terpaksa pergi ke kedai hadapan untuk membeli makanan. Tambahan pula, pelajar yang tinggal di sini berkongsi blok dengan penghuni luar iaitu rakyat tempatan dan warga asing.
“Saya berharap pihak pengurusan kolej jangan ambil ringan tentang masalah ini kerana melibatkan keselamatan pelajar,” ujarnya.
Menurut Wan Syukriah Wan Baharuddin, 24, makanan yang ditempah memerlukan tempoh masa yang lama untuk disediakan, “setiap hari jadual kuliah saya agak padat, untuk membeli makanan saya terpaksa mengorbankan masa yang banyak untuk ke kedai berhampiran.
“Apabila tempahan dibuat, pihak kedai pula lambat menyediakan makanan yang ditempah disebabkan semua pelajar berkumpul di kedai berkenaan. Kadang-kadang saya terpaksa menunggu sampai dua atau tiga jam untuk mendapatkan tempahan. Keadaan ini sangat membebankan saya,” katanya.
Menurut Raihayu Ngah, 23, “makanan yang disediakan tidak ada banyak pilihan, disebabkan kedai makan terhad saya terpaksa membelinya. Semasa saya tinggal di Kolej Nilam Court, banyak kedai yang ada, saya boleh buat pilihan dan kedudukannya berdekatan denagan kolej,” katanya.
Pada 26 Januari lalu, Majlis Malam Mesra bersama Jaksa diadakan di kolej berkenaan. Seorang pelajar telah mengusulkan tentang masalah ini kepada pengetua kolej, dan beliau berjanji akan menyelesaikan masalah berkenaan.
Sejak dua minggu lepas, kafetaria di kolej berkenaan beroperasi seperti sebelum ini. Pelajar-pelajar tidak perlu membeli makanan di luar dan mereka tidak akan berhadapan dengan bahaya, serta masa dapat digunakan untuk menyiapkan tugasan dan kerja yang berfaedah.
April 18, 2008 at 4:15 am
kesian student susah nak cari makanan