Fenomena kehilangan kanak-kanak
Dewasa ini, kita dikejutkan denagn kes kehilangan kana-kanak yang semakin menjadi-jadi di negara ini. Bilangan kanak-kanak yang hilang bertambah dari hari ke hari. Kes ini menjadi igauan ngeri bagi ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang di bawah umur, sama ada perempuan mahupun lelaki. Kanak-kanak yang hilang dalam lingkungan umur 3 hingga 12 tahun.
Terbaru kes kehilanagan kanak-kanak, Sharlinie Mohd Nashar, 5 tahun di Taman Medan Petaling Jaya, Selangor. Adik Sharlinie dipercayai diculik pada kira-kira pukul 11.30 pagi 9 Januari lalu ketika itu kanak-kanak berkenaan dalam perjalanan pulang bersama kakanya, Sharliena, 8, dari taman permainan yang terletak kira-kira 200 meter dari rumah mereka.
Ekoran itu, polis melancarkan gerakan mencari kanak-kanak malang tersebut berdasarkan petunjuk-petunjuk termasuk kaitan kehilangannya dengan satu kes culik lain di Taman yang sama sehari sebelumnya melibatkan kanak-kanak berusia Enam tahun, Nur Fatiha Zaidi. Selepas sepuluh hari adik Shalinie hilang dipercayai diculik, polis mengerakkan strategi baru untuk mengesan kanak-kanak itu denagn melancarkan operasi dari rumah ke rumah. Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan telah mengarahkan semua ketu polis daerah ( KPD) melaksanakan gerakan serta merta.
Berjuta-juta poster Sharlinie diedarkan di seluruh Negara dan di tampal di pintu-pintu masuk di sempadan dan lapangan terbang. Ada bank yang menampalkan gambar Sharlinie pada mesin (ATM).
Perdana Menteri, Datuk Sri Abdullah Ahmad Badawi turut memberi perhatian terhadap kes kehilangan adik Sharlinie dan merayu penculik kanak-kanak itu supaya memulangkan kepada keluarga secepat mungkin. Penyelesaian kes Sharlinie diharapkan turut dapat menyelesaikan beberapa kes lain yang belum diselesaikan oleh Polis termasuk penculikan empat kanak-kanak di Kampung Baru, Selangor pada tahun lalu dan juga kes culik dan bunuh Allahyarhamah Nurin Jazlin Jazimin. Tetapi sehingga hari ini kes ini masih dalam siasatan polis dan kanak-kanak berkenaan masih belum diketahui sama ada masih hidup atau sebaliknya.
“Kes kehilagan kanak-kanak menjadi satu trend pada hari ini. Belum sempat pihak berkuasa menyelesaikan satu-satu kes, kes lain pula yang timbul. Kalau nak dikatakn pihak berkusa tidak menjalankan tugas itu tidak adil bagi mereka kerana pihak berkusa banyak menyelesaikan kes-kes kehilangan dengan bantuan dan kerjasama yang diberikan oleh Ibu bapa dan masyarakat sekeleiling. Untuk menyelesaikan dan mencari penjenayah, pihak berkusa memerlukan kerjasama dan bantuan daripada masyarakat dengan memberi maklumat kepada mereka. Dengan maklumat yang diberikan akan memudahkan pihak berkuasa menjalankan tugas. Ada juga maklumat yang diberikan palsu.”katanya, Mohd Yushaszuan Mohd Yusoff.
Pada 20 Ogos 2007 yang lalu, kita digemparkan dengan kehilangan adik Nurin Jazlin Jazimin, 8 tahun. Adik Nurin didapati hilang setelah keluar bersendirian untuk ke Pasar Malam yang berhampiaran rumahnya di Seksyen 1, Wangsa Maju. 17 September 2007, mayat seorang kanak-kanak dijumpai di dalam sebuah beg sukan di Petaling Jaya Utama. Ia adalah mayat adik Nurin Setelah ujian DNA (ujian asid deoksiribonukleik) dibuat sebanyak dua kali.
Kes pembunuhan kejam itu, antara yang paling buruk di negara ini mendapat banyak reaksi daripada orang ramai yang berharap polis dapat membawa pembunuhnya ke muka pengadilan secepat mungkin. Bedah siasat ke atas mayat mangsa mendapati pembunuh telah memasukkan timun dan terung ke dalam kemaluan mangsa, menyebabkan rektum mangsa pecah hingga dijangkiti kuman bakteria antara faktor yang menyumbang kepada kematian menyayat kanak-kanak itu.
Menurut Asiah Deraman, 32, ibu kepada empat orang anak. “Saya merasa sangat sedih dengan berita kehilangan kanak-kanak yang semakin menjadi-jadi di negara kita. Kes yang tidak dapat saya lupakan sehingga hari ini ialah kes pembunuhan kejam adik Nurin, tidak dapat saya gambarkan perasaan ibu bapa kanak-kanak tersebut apabila menerima berita ini.”
Tambahnya lagi, “Semasa anak-anak saya pergi ke sekolah, saya terfikir adakah mereka selamat dalam perjalanan pergi dan balik. Saya mempunyai dua orang anak perempuan dan dua orang anak lelaki, kalau sebelum ini saya lebih bimbangkan keselamatan anak perempuan. Tetapi sejak kebelakangan ini, keadaan berubah. Keselamatan anak lelaki juga penting kerana mereka juga menjadi mangsa penculikan dan sebagainya. Walaupun saya tidak tinggal di Bandar, kebimbangan saya terhadap anak-anak saya sama seperti ibu bapa yang tinggal di Bandar sana.
Banyak pihak menyalahkan ibu bapa dalam hal ini. Pada pendapat saya, memang ibu bapa bersalah tetapi bukan sepenuhnya. Ibu bapa banyak tanggungjawab lain selain keluarga iaitu di tempat kerja. Mereka terpaksa bekerja keras untuk menampung keperluan kelurga.”
Adakah ibu bapa harus dipersalahkan dalam soal ini, kerana tidak mengambil berat dan membiarkan anak-anak mereka keluar rumah keseorangan. Kes kehilangan ini kemungkinan berpunca daripada ibu bapa sendiri kerana membenarkan anak-anak keluar bermain atau ke mana-mana tanpa ada pengawasan. Sebagai ibu bapa, seharusnya bertanggungjawab untuk mengawasi gerak geri anak-anak mereka. Kanak-kanak tidak mengetahui adanya bahaya sekiranya keluar keseoranagn.
Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, beliau berkata, ibu bapa patut dipersalahkan sepenuhnya dealam setiap kes kehilangan kanak-kanak dan remaja melarikan diri dari rumah. Beliau menegaskan tugas menjaga anak-anak bukannya di bahu polis tetapi merupakan tanggungjawab hakiki yang perlu dilaksanakan oleh setiap ibu bapa.
“Tugas menjaga anak takkan hendak di serahkan kepada jiran pula untuk menjaganya, itu sudah jelas tanggungjawab ibu bapa.
“Ibu bapa kena jaga betul-betul anak masing-masing dan kena tahu setiap gerak-geri, ke mana mereka pergi dan apa mereka buat,”
Tambahnya lagi, “Jika tanggungjawab itu dapat dihayati oleh setiap ibu bapa, kes kanak-kanak hilang akan dapat dibendung.” Petikan Utusan Malaysia 18 September 2007.
Statistik orang hilang atau jumpa seluruh Negara yang dikeluarkan oleh Ibu Pejabat Polis Bukit Aman menunjukkan sebanyak 759 kes kanak-kanak dan remaja hilang dilaporkan dalam tempoh tujuh bulan pertama tahun lepas.
Daripada jumlah itu, sebanyak 34 bkes melibatkan kanak-kanak berusia sembilan tahun ke bawah, 66 kes (10-13 tahun) dan 659 kes melibatkan remaja berusia 14 hingga 17 tahun.
Menurut salah seorang masyarakt setempat dan bapa kepada Lima orang anak, Yushaini Mohhd Jamil, 42, “Tidak boleh salahkan ibu bapa semata-mata dalam hal ini, mereka tidak mempunyai masa yang cukup. Nak uruskan anak-anak, kerja-kerja di pejabat lagi. Bagi saya kedua-dua penting, sama ada keluarga dan kerjaya. Seandainya tidak mempunyai kerja yang sempurna, macam mana nak membina sebuah keluarga yang bahagia. Itu menunjukkan keluarga dan kerjaya sama-sama penting. Kita sebagai ibu bapa perlu bijak membahagikan masa antara keluarga dan kerjaya lebih-lebih lagi bagi ibu-ibu, mereka mempunyai tanggungjawab dan peranan untuk mendidik anak-anak. Masyarakat juga perlu memainkan peranan, dengan kata lain mereka perlu peka dan ambil tahu tentang keadaan sekeliling. Kalau kita tengok pada hari ini, nilai-nilai silaturrahim tidak wujud dalam diri setiap masyarakat. Mereka lebih pentingkan diri sendiri dan suka buat hal masing-masing. Masyarakat hari ini perlu mengenali jiran dengan lebih dekat lagi, dengan kata lagi, budayakan semula semangat kejiranan yang semakin pudar dan luntur dalam setiap diri masyarakat Malaysia khususnya.”
Pihak-pihak Berkuasa dipertanggungjawabkan untuk menjaga keamanan dan keselamatan negara dan rakyat. Sebagai rakyat, kita tidak boleh meletakkan tanggungjawab ini di bahu mereka semata-mata, kita seharusnya sama-sama bertanggungjawab menjaga keselamatan sekurang-kurangnya keluaaga masing-masing. Pihak Berkuasa hanya mampu menjalankan tugas mencari dan mengesan penjenayah seandainya mendapat maklumat yang betul daripada masyarakat setempat.
Ibu bapa hendaklah memberi tumpuan yang lebih terhadap keluarga kerana merekalah yang dapat mengurangkan kadar kehilangan kana-kanak kerana kebanyakan kes-kes berpunca darpada mereka. Sebagai masyarakat yang prihatin dan mempunyai semangat kejiranan, hendaklah mengambil tahu keadaan sekeliling lebih-lebih lagi jiran tetangga yang berhampiran. Mereka hendaklah bertegur dan berkenalan sesama mereka.
Di Negara kita mempunyai undang-undag, badan kehakiman akan memastikan penjenayah akan mendapat pembalasan yang setimpal dengan apa yang mereka lakukan sama ada terhadap kanak-kanak, orang dewasa ataupun orang tua. Marilah sama-sama kita menjaga keamanan dan kesejahteraan Negara dengan bekerjasama dengan pihak berkuasa dalam membanteras jenayah yang semakin berleluasa sejak akhir-akhir ini.
BAGUS PERBINCANGAN MENGENAI KANAK2 HILANG Y MAKIN MENJADI2 SEKARANG, CONTOH YANG DIBERI TEPAT DAN TERATUR TETAPI MASIH TERDAPAT KESALAHAN EJAAN…BAGUS DAN TERUSKAN USAHA ANDA MEMBANTU MASYARAKAT SEDAR AKAN ISU INI
sayamgilah kanak2….mereka juaga anugerah tuhan
ASSALAMUALAIKUM…
bagus feature ni….bg akk feature ni ble bg kesedaran kpd msrkt kte ttg bahayanya gejala ni…
salam rencana ni baik dan sesuai dengan kes kehilangan kanak-kanak pada masa kini. jadi ibubapa haruslah perihatin terhadap anak-anak mereka