sambutan Hari Raya FPBU

LUAHAN 7:58 am
Aku budak bahasa arab dan kewartawanan. setiap hari jadual kelasku agak padat, kadang-kadang aku hanya tidur beberapa jam je kerana terpaksa siapkan assingment..setiap minggu ada je tugasan yang kena siapkan,aku rasa tensen ler kalau setiap sem camni..tapi aku terpaksa kerana aku seorang student universiti…satu perkara yang merungsingkan aku ialah MUET, aku belum past lagi ni.camne nak konvo tahun depan kalau Muet tak past, bimbangnya hatiku.
KATA-KATA 7:10 am
“1) Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun
hanya sekadar senyuman.
2) Dunia ini umpama lautan yg luas. Kita adalah kapal yg belayar di
lautan telah ramai kapal karam didalamnya.. andai muatan kita adalah
iman, dan layarnya takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat di
lautan hidup ini.
3) Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam
kenangan.
4) Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu telalu
penting dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi
mainan orang.
5) Hati yg terluka umpama besi bengkok walau diketuk sukar kembali
kepada bentuk asalnya.
6) Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada
kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.
7) Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan
keamanan. Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia
akan pecah.
Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam
kehinaan. Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari memberi dengan
banyak tapi diiringi dengan riak.
9) Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada
insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan.
10) Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras dari
batu.Tetapi kata-kata yang kasar dapat mengasarkan hati yang lunak seperti
sutera.
RENUNGAN 6:21 am
Tuhan………..Dikala senja melabuhkan tirainya…Aku merenung jauh ke ufuk langit nan kemerahan…Betapa kerdilnya diri ini di bumiMU……TUHANJiwaku tersentuh mengingati kebesaranMUBetapa indah dan agungnya ciptaanMUUntuk sekalian mahkluk di bumi yang fana ini Ya Tuhanku…………..Di kala senja ini…Aku sujud dan tafakur kepadaMUMemohon keampunan diri…Masihkah ada secebis ruang untuk diriku yang hina ini Tika ini hatiku diruntum segunung keinsafanMenitis air mata tanda kesyukuranKerana diri ini masih berpeluang melihat ciptaanMU…Lantas penyesalan menyelinap di segenap ruang hatiku Tuhan…………Diriku hanyalah insan yang kerdilYang mengharap keredhaanMU…….Jua mengharapkan petunjuk, nurkasih dan lembayung rahmat dariMUTika diriku lemas dalam noda kegelapan duniawiLantaran mengundang kemurkaan-MU Tuhan…………Namun hatiku tidak pernah berputus asaMengharapkan keampunanMU……..Ya TuhankuAkan kupastikan diri ini sentiasa sujud kepadaMUDikala susah mahupun senangYa Tuhan…Ya Rabbul Izzati…….. Tuhan………Tatkala azan sayup-sayup berkumandangLantas kakiku melangkahUntuk mengabdikan diriHanyalah untukMU… Lantas senja pun berlabuh………………………