Here with ME Wednesday, Apr 2 2008 

Pantai Puteri penuhi impian Thursday, Mar 27 2008 

Destinasi peranginan di Tanjung Kling dihiasi ratusan pepohon rhu dan kelapa sesuai untuk keluargaPANTAI atau tanah tinggi yang menyajikan keindahan alam semula jadi dan landsap menarik adalah lokasi paling sesuai untuk beristirahat sambil menenangkan fikiran. (more…)

Here with me and my friend Friday, Mar 21 2008 

Cacat bukan penghalang cemerlang dalam STPM Friday, Mar 21 2008 

  Oleh Syuhada Choo Abdullah, Zabidi Hitam, Khairina Yasin, Noor Azlina Zainudin dan Umi Nadirah Abdul Rahman

Noor Izati, Muhammad Marwan dan Saravanan terima anugerah

KECACATAN penglihatan dan spastik bukan penghalang kepada tiga calon istimewa mencapai kejayaan sehingga dinobatkan sebagai antara penerima Anugerah Pelajar Cemerlang (APC) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2007, semalam. (more…)

Hayatilah wahai kawan-kawanku… Wednesday, Mar 5 2008 

Janggut Nabi Harun Berwarna Dua

Nabi Musa Alaihisalam telah diperintahkan oleh Allah Subhanahu Wataala supaya pergi ke bukit Sina untuk menerima wahyu. Semasa pemergian Nabi Musa, segala urusan telah diserahkan kepada saudaranya Nabi Harun a.s. Pemergian Nabi Musa mengambil masa selama 40 hari dan 40 malam. (more…)

Feature writing Tuesday, Feb 26 2008 

Fenomena kehilangan kanak-kanak

     Dewasa ini, kita dikejutkan denagn kes kehilangan kana-kanak yang semakin menjadi-jadi di negara ini. Bilangan kanak-kanak yang hilang bertambah dari hari ke hari. Kes ini menjadi igauan ngeri bagi ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang di bawah umur, sama ada perempuan mahupun lelaki. Kanak-kanak yang hilang dalam lingkungan umur 3 hingga 12 tahun. (more…)

Ikut reporter Wednesday, Feb 20 2008 

16 febuari, saya dan ayu pergi putrajaya untuk assignment news writing. kami sampai di sana pukul 8.30pagi, kami dijemput oleh reporter Berita Harian, Haika Khazi…..kami rasa bersyukur sangat sebab dia sanggup ambil kami kat stesen..kami dibawa ke tasik putrajaya untuk melihat cara-cara mencari news, kami dilayan dengan baik oleh pihak urusetia………rasa happy sangat…event pada hari itu bermula pukul 7.30 pagi, kiranya kami lewat sampai tapi yak mengapa sebab Tan Sri Shamsuddin, Ketua Perbadanan Putrajaya sampai lambat..banyak acara yang diadakan pada hari itu, antaranya pertandingan memancing, mewarna untuk kanak-kanak dan pertandingan memasak….persembahan silap mata turut diadakan………. happy sangat dapat jumpa ramai orang, boleh tengok macam-macam gelagat manusia pada hari itu………selepas cover news, kami dibawa ke pejabat(newsroom) untuk melihat bagaimana menulis story. selepas news ditulis, reporter akan bagi kepada editor untuk dicek……setelah editor berpuas harti barulah news disubmit………kami sampai kat hostel pukul 9.30malam, penat sanagt tapi saya rasa puas dan menyoronokkan. saya dapat belajar benda baru yang sanagt berharga………….

gaya wartawangaya seorang ibuTan Sri Samsuddin

Autoshow ICEPS 2008 Monday, Feb 18 2008 

17 February, saya pergi ke Stadium Tertutup Nilai dengan are teh dan ayu. Diaorang kena cover news, saya just ikut je…memang best giler dapat tengoh Autoshow, sebelum ni saya just tengok dalam tv je, tapi semalam saya dapat tengok dengan mata kepala saya sendiri…memang ramai peserta yang mengikuti pertandingan ini, saya dan kengkawan interview beberapa peserta. diorang bagi kerjasama yang baik….memang tak rugi ler datang tengok……saya dapat pengalaman yang menarik dan menyeronokkan….selepas interview peserta, kitaorang masuk ke dalam stadium untuk menyaksikan majlis penutup, setelah tunggu beberapa lama barulah kami tahu yang majlis penutup sebenarnya di kampus….bukan main marah kawan-kawan saya sebab diaorang kena cover majlis penutup…tapi perasaan marah kejap je sebab kitaorang openminded………..motokara  

Ketiadaan Kafetaria Monday, Feb 18 2008 

 Oleh MARIANA JUSOH

BANDAR BARU NILAI – Ketiadaan kafetaria di Kolej Kediaman Desa Jati menjadi bebanan kepada pelajar-pelajar yang tinggal di Kolej berkenaan. Mereka terpaksa membeli makanan di kedai berhampiran sejak akhir semester lepas.        

       Menurut salah seorang pelajar yang menghuni kolej berkenaan, Hasmahani Harun, 23, dari FPBU. “situasi ini sangat berbahaya, bayangkan saya atau pelajar-pelajar lain terasa  lapar pada waktu malam. Kami terpaksa pergi ke kedai hadapan untuk membeli makanan. Tambahan pula, pelajar yang tinggal di sini berkongsi blok dengan penghuni luar iaitu rakyat tempatan dan warga asing.     

         “Saya berharap pihak pengurusan kolej jangan ambil ringan tentang masalah ini kerana melibatkan keselamatan pelajar,” ujarnya.

        Menurut Wan Syukriah Wan Baharuddin, 24, makanan yang ditempah memerlukan tempoh masa yang lama untuk disediakan, “setiap hari jadual kuliah saya agak padat, untuk membeli makanan saya terpaksa mengorbankan masa yang banyak untuk ke kedai berhampiran.      

        “Apabila tempahan dibuat, pihak kedai pula lambat menyediakan makanan yang ditempah disebabkan semua pelajar berkumpul di kedai berkenaan. Kadang-kadang saya terpaksa menunggu sampai dua atau tiga jam untuk mendapatkan tempahan. Keadaan ini sangat membebankan saya,” katanya.      

        Menurut Raihayu Ngah, 23, “makanan yang disediakan tidak ada banyak pilihan, disebabkan kedai makan terhad saya terpaksa membelinya. Semasa saya tinggal di Kolej Nilam Court, banyak kedai yang ada, saya boleh buat pilihan dan kedudukannya berdekatan denagan kolej,” katanya.     

         Pada 26 Januari lalu, Majlis Malam Mesra bersama Jaksa diadakan di kolej berkenaan. Seorang pelajar telah mengusulkan tentang masalah ini kepada pengetua kolej, dan beliau berjanji akan menyelesaikan masalah berkenaan.        

        Sejak dua minggu lepas, kafetaria di kolej berkenaan beroperasi seperti sebelum ini. Pelajar-pelajar tidak perlu membeli makanan di luar dan mereka tidak akan berhadapan dengan bahaya, serta masa dapat digunakan untuk menyiapkan tugasan dan kerja yang berfaedah.                                  

FKP Anjur Program Pengujian Psikologi Monday, Feb 18 2008 

Oleh MARIANA JUSOH

USIM – Program pengujian Psikologi yang dianjurkan oleh pensyarah (FKP) Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan Dr Sapora Sipon sempena Minggu Integriti mendapat sambutan yang memuaskan. Bermula pada 29 hingga 31 Januari 2008, bertempat di ruang legar Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan. 

       Objektif program ini adalah untuk mempraktikkan pengujian psikologi terutama di dalam mengenal pasti personaliti individu, memberi kesedaran kepada para pelajar tentang personaliti. Selain itu, program ini turut membantu pelajar mengenal diri masing-masing dan hasil daripadanya memupuk kesedaran diri.

        Terdapat lapan ujian yang ditawarkan, setiap ujian ada beberapa pelajar yang mengendalikannya. Pertama, power of control, power of romantic, power of personality, power of problematic solving, power of love, power of career, power hoka hoki dan yang terakhir ialah powerbof stress. Peserta diberi peluang untuk memilih salah satu daripadanya. 

       Menurut salah seorang pelajar Tahun Tiga (FKP) Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Nurul Ain Ambok Dalik, 23, program ini mendapat sambutan yang memuaskan.Pelajar-pelajar memberi kerjasama dan tindak balas dengan baik terutama pelajar-pelajar tahun satu dan dua.

       Menurut peserta yang mengikuti program ini, Norshahaliza Sharum, 22, dari FEM program ini banyak faedah dan menghiburkan, “saya merasa seronok kerana dapat mengikuti program ini, dengan mengikuti program ini saya dapat belajar dan tahu sesuatu yang baru tentang diri dan personaliti saya.

       “Pada pandangan saya, tempat program ini tidak begitu sesuai kerana bagi pelajar (FSU) Fakulti Syariah Undang-Undang dan (FPQS) Fakulti Pengajian Quran Sunnah mereka tidak mempunyai kelas di bangunan ini. Mereka tidak mengetahui tentang program ini. Seeloknya diadakan di pusat khidmat pelajar (PKP) kerana di sana tempat pelajar berkumpul,”katanya.

       Menurut peserta, Farhana Sabri, 22, “promosi yang dijalankan tidak meluas, kebanyakan pelajar tidak mengetahuinya. Pada pendapat saya, program seumpama ini patut diadakan lagi pada masa akan datang kerana membantu pelajar mengenali personaliti masing-masing,” katanya mengakhiri perbualan.  

Next Page »

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.